FOKUS Bersih sama ada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.
Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR.

Pelbagai peraturan dan undang-undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.
Maka pihak Bersih telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke Suhakam, laporan PDRM, Laporan SPRM, memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Himpunan Aman. Malangnya, sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan Bersih tersebut.
Kerajaan Umno dan BN sebaliknya mendakwa Bersih menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci Bersih dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan Bersih, media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.
Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan Bersih supaya Bersih 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan Umno dan BN akur tuntutan rakyat. Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan.

Sementara hari ini dan saya percaya ia akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan Bersih 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap Bersih sedang pihak Bersih tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.
Maka saya mencadangkan agar Bersih 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat. Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujah kekuatan. Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.
Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.
Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua-dua parti komponen besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah. Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.
Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment