Saturday, May 19, 2012
CERITA SEDIH DARI NEGERI MELAKA... NEGERI KONONYA MAJU, TAPI MELAYU ADA YANG TAK PUNYA RUMAH !
Mungkin perkara ini tak kan terjadi jikalau manusia yang bernama Datuk Hassan Ali Pejuang Islam, Melayu dan Raja (IMR) ada di Negeri Melaka khusus nya di daerah Masjid Tanah... di mana tinggalnya sebuah keluarga di dalam Kampung Ayer Limau... yang mana keluarga tersebut terpaksa menjadikan pondok konkrit tidak berdinding yang sebelum ini digunakan untuk projek ternakan ikan, sebagai kediaman mereka.
Ketua keluarga tersebut Rosli Baba, 50, yang turut menderita sakit tulang belakang... terpaksa tinggal dalam pondok yang tidak selesa bersama isteri dan dua anak tirinya... cukup untuk berteduh daripada panas matahari serta hujan... akibat kemiskinan juga dia dan isterinya Mariana Kharudin 32, terpaksa menyerahkan tiga anak tirinya yang bersekolah kepada keluarga mertua manakala dua lagi, Eiman Fiqrie 4 dan Nur Alisa Fathah 2, tinggal bersamanya.
Menurut beliau "disebabkan keadaan saya sebegini saya tidak dapat mencari pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga... lebih-lebih lagi isteri tidak bekerja... sebelum ini kami menyewa di sebuah rumah dalam kampung ini dengan bayaran RM150 sebulan... namun jumlah itu terlalu besar untuk saya jelaskan setiap bulan sehingga memaksa kami sekeluarga keluar dari rumah itu... dia terpaksa membersihkan pondok ternakan ikan milik kakaknya untuk dijadikan rumah walaupun tanpa dinding dan berhampiran semak samun".
"Mujur kakak saya mengizinkan saya dan keluarga untuk menggunakan tempat ini... buat masa ini saya hanya melakukan kerja kampung dan menoreh getah untuk menyara hidup... bagaimanapun ia sekadar sampingan bergantung kepada keupayaan saya... sebelum ini Saya pernah memohon rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menerusi salah seorang saudaranya... namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas".
Inilah yang dikatakan dimana Negeri Umno kuat disitu orang melayu merempat dan tak terbela... Negeri yang konon nya mengihktiharkan sebagai Negeri Maju yang diperintah oleh Umno sejak 54 tahun Negara Merdeka tapi masih ada orang melayu yang hidup tak seperti yang diharapkan... perkara ini tak jadi masalah kalau ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR)... kerana memang digambarkan oleh Umno/Bn yang PR tak menjaga masalah orang melayu.
Atau mungking Negeri Melaka memerlukan orang-orang seperti Datuk Hasan Ali Pejuang IMR... yang mana beliau sudah menjelajah seluruh Negara bagi menangani masalah orang melayu dan Agama Islam... bukan apa nanti di takuti ada badan-badan kristian cuba menghampiri mereka yang memerlukan bantuan... jadi kalau ada Datuk Hasan Ali mungkin badan-badan kristian tak berani untuk memberi bantuan... sebab ada Pejuang Akidah menjaganya... kah kah kah !.
Pada badan-badan Islam seperti Baitulmal, Pusat Zakat, Jakim, Maim dan sebagainya yang selalu menyebok akan kerja-kerja orang lain... kenapa tak buat kerja yang lu orang sepatutnya buat... alasan apa yang lu orang nak beri sehingga ada lagi orang Islam yang hidup nya merempat... kalau dari segi kewangan rasanya tiada langsung masalah kecuali lah lu orang buat macam harta mak bapak lu orang... yang cukup tahun sebok menghabiskan peruntukkan dengan masyuarat sana sini macam duit mak bapak lu orang.
Nanti apabila ada badan-badan kristian yang bersimpati dan hendak memberi bantuan... masa itu baru lah lu sebok macam Datuk Hassan Ali dengan melalak sana sini... konon nya gerakaan Kristianisasi lah... gerakan Murtad lah... tapi lu orang tak sedar setiap yang jadi kristian dan murtad... adalah tanggungjawap lu orang diatas sebab tindak tanduk lu orang yang tak menjaga orang Islam supaya jangan murtad... kristian dah menjadi kerja mereka memurtadkan orang Islam... tak kan mereka nak mengislam orang kristian... kenapa lah banggang sangat... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... kepada pimpinan pakatan rakyat (pr) perkara sebegini seharus dipastikan tidak terjadi andainya dapat memerintah negara... dan untuk negeri-negeri yang telah diperintah pr semesti orang-orang yang memerlukan bantuan seperti ini dicari dan bukan nya mereka mencari untuk menagih bantuan... perkara sebegini seharusnya di ingatkan kepada lu orang... takut perangai umngok meresap dalam badan lu orang ok... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.(Mat Indera Sipejuang)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment