Wednesday, May 30, 2012

UMUR KITA SEMAKIN PENDEK....JANGAN DIPERSIAKAN BAKI UMUR KITA....

UMUR KITA SEMAKIN PENDEK....JANGAN DIPERSIAKAN BAKI UMUR KITA.... 

Umur yang dikurniakan kepada kita hari ini adalah sebuah NIKMAT YANG AMAT BESAR, dan paling tinggi nilai harganya, tidak dapat kita nilai harganya dengan emas yang berbukit dan wang yang berjuta....

Oleh yang demikian,umur yang Allah S.W.T beri kepada kita sebagai pinjaman ini yang ianya berterusan sampai sekarang perlulah kita usahakan untuk melakukan AMAL KEBAIKAN, mencari dan mengharap keredhaanya dengan maksud kita sentiasa bersedia dalam menegakkan hukum-hukum syariat Allah, disamping tidak kita lupa segala amal soleh dan kebajikan kita itu kita letakkan diatasnya niat semata-mata ikhlas kerana Allah S.W.T....

Sebenarnya tanpa kita sedari, UMUR KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN PENDEK.... semakin kita dekat dengan KEMATIAN, semakin rapat kita dengan tanah tempat yang mana kita dijadikan, dan disitu jua kita akan dikebumikan.... kerana itu hendaklah umur kita yang ada ini kita pergunakan sebaiknya sebelum berpisah nya roh daripada jasad.... jangan kita terlewat, jangan pula kita terpedaya dengan kekuatan, keindahan, kekayaan, kuasa yang besar, pengaruh yang banyak kerana semua itu akan tetap berakhir bila MALIKAT MAUT sudah menceraikan roh kita dari badan.....

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Sebaik-baik manusia itu adalah orang yang diberikan umur yang panjang dan umur itu dikerjakan dengan melakukan sebanyak-banyak kebaikkan, dan seburuk-buruk manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur yang panjang, tetapi dipergunakan untuk membuat kejahatan...". (HR Ahmad)....

Umur yang kita gunakan ini akan dipertanggunjawabkan dihadapan Allah iaitu untuk apa umur ini kita gunakan, untuk apa ianya kita habis kan, semuanya akan ditanya di mahkamah Allak kelak nanti....

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"Belum lagi habis jejak telapak kaki seorang hamba sehingga kepadanya disoal tentang umurnya kemana dia habisi". (Hr. Tarmizi)....

Marilah kita sama-sama menggunakan kesempatan atau saki baki usia kita yang ada ini untuk memperbaiki langkah-langkah kita yang lalu.agar kita mencapai kehidupan yang mulia disisi Allah S.W.T, dan seterusnya mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat...

No comments:

Post a Comment