Tuesday, June 19, 2012

Apa yang kontroversi sangat neh?

Aku dok perhatikan jek si Liow Tiong Lai [LTL] buat statement demi statement mengenai isu no plat WWW. Aku bukan apa, semakin dia bercakap semakin menampakkan dia memang bengap. Siyes.

Isu nya mula kecoh bila nama dia antara yang didedahkan oleh JPJ sebagai pembida no plat WWW. Rujuk sini. Dan selain dia, sebenarnya ada jek menteri2 lain yang bida dan berjaya memperolehi no plat WWW. Rujuk sini. Tapi yang hairan nya pasal apa nama LTL jek yang naik tapi tidak nama menteri2 seperti puad dan nazri?

Apa yang kontroversi sangat neh? Jawapan nya mudah. Sebab menteri neh bingai tak sudah. Bingai dan mengkantoikan diri sendiri.

kah kah kah

Ketika nama dia terdedah antara yang berjaya membida no plat WWW, selain dari sultan johor, dia turut ditanyakan status pembidaan tersebut. Wartawan tanya then dia jawab no tue untuk kenderaan rasmi dia. Jadi ia rasmi lah. Rujuk sini.

Dia juga cakap bahawa kementerian sebenarnya ada peruntukkan khas untuk membeli no plat bagi kenderaan rasmi. Bila dia cakap macam tue macam mana lah kita tak fikir bahawa dia guna wang rakyat, betul tak?

Bida no untuk kenderaan rasmi mesti guna wang rakyat. Kalau ko nak tukar kenderaan, ko tukar je larh tapi kenapa mesti ko bida no tertentu apatah lagi ia digunakan untuk tujuan rasmi atas nama jawatan?

Bukan kah jika meninggalkan jawatan ko akan meninggalkan kenderaan rasmi tersebut? Ka bawa sekali?

kah kah kah

Bila orang dah marah2, dia keluarkan satu lagi kenyataan bodoh piang mengenai no plat WWW yang dia bida. Dia cakap

NO PLAT WWW adalah PERCUMA!

Maksudnya dia tak perlu bayar satusen pun. Dan dia mengakui memang dia tak bayar satusen pun. Kejap kita rewind balik der.

1. Mula2 LTL suruh pengawai dia bida no www untuk tujuan rasmi. Tapi dia tak mengaku dia suruh oke. Dia cuma cakap pegawai dia yang melakukan seme kerja2 bida membida, dia tatau apa2. Pffttttt = tahan gelak aku siot.

2. Kenderaan yang dia pakai kini sudah tamat tempoh penggunaan.

3. Jadi dia nak tukar kenderaan. Takpelah, itu peruntukkan untuk menteri. Yang heran nya nak tukar kenderaan perlu kah bida no plat khas?

4. Lepas tue JPJ dedahkan dia antara 20 terawal yang berjaya raih no plat WWW.

5. Then wartawan soal dia.

6. Then dia cakap ia untuk kenderaan rasmi. Maka ia rasmi.

7. Netizens mula kecoh. Dah kenderaan rasmi = mesti guna wang pembayar cukai. Apakah logic wang pembayar cukai digunakan untuk membida no plat rasmi menteri?

8. Then dia keluarkan statement bahawa no plat WWW tue dia dapat percuma. Sehari selepas netizens kecoh.

9. Then kementerian nafikan bahawa menteri ada peruntukkan khas untuk membida no plat.

Pftttttttttt.. = aku tahan gelak siot.

Yang paling tak boleh blah tue kan.. selepas tue JPJ pula keluarkan statement cakap bila masa ada no plat percuma untuk menteri bagi no plat panas ? Tiada no plat percuma terutamanya no plat panas. Rujuk sini.

KANTOI SIOT!

kah kah kah

Kalau no tak panas takpe, menteri boleh apply untuk dapatkan ia secara percuma tetapi bukan no plat panas. Lepas tue tiba2 JPJ keluarkan kenyataan yang lain. Dia cakap menteri boleh dapatkan no plat tersebut secara percuma ataupun membayar bidaan dengan harga tertinggi. Kat sini jek aku dah nampak pelik.

Pasal apa?

Mula2 cakap tiada no percuma tapi tiba2 bertukar nada. Lepas tue sultan pun kena bayar takan menteri boleh dapat percuma? Lepas tue yang tak tahan tue, kalau LTL cakap dia nak mohon percuma kenapa dia bida in the first place? Maksud aku nilai bidaan rm24k tue macam mana ia wujud?

Bukan kah ia wujud sebab ada orang yang membida / menawarkan harga tersebut? Dan bukan kah LTL dapat no plat WWW 15 sebab dia sendiri yang menawarkan harga rm24k tersebut? Sebab tue larh nama dia antara yang diumumkan sebagai senarai yang layak dalam sesi bidaan.

Tapi, ye lah bila ia melibatkan menteri bn dan sesetengah kakitangan kerajaan segala2 yang mustahil pun boleh jadi tak mustahil. Yang salah pun boleh jadi betul. Yang pelik pun boleh jadi normal.
 

No comments:

Post a Comment