Tuesday, June 19, 2012

Awang Hitam buka kedai makan



Peniaga warga Afrika sedang menyediakan makanan di gerainya di Desa Aman Puri, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Tidak cukup dengan pelbagai masalah melibatkan Awang Hitam di negara ini, warga asing dari Afrika itu kini berani pula merampas hak penduduk tempatan dengan menjalankan perniagaan secara haram.
Tinjauan Kosmo! mendapati senario itu sudah mula berlaku di ibu kota terutama di kawasan Desa Aman Puri, Kepong di sini sejak setahun lalu.
Kehadiran warga Afrika itu boleh dilihat terutama sekitar pukul 5 petang sehingga awal pagi di kawasan premis perniagaan di Jalan Desa 1/2.
Menjelang pukul 8 malam, gerai tersebut mula dipenuhi pelanggan yang kebanyakannya warga Afrika sendiri.
Mengulas mengenai perkara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Shahberkata, tindakan harus diambil kerana kewujudan premis berkenaan membuktikan warga asing itu tidak takut dengan pihak berkuasa.
"Pihak berkaitan seharusnya membuka mata dan sedar dengan tindakan berani warga asing yang seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa.
"Saya percaya mereka berniaga tanpa lesen yang sah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment