KUALA LUMPUR:Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengingatkan peneroka-peneroka Felda jangan keliru dengan 'blue form' yang dikeluarkan oleh Felda Global Venture Holding (FGVH) kepada mereka.
Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, FGVH telah membuat satu paksaan di mana sehingga tengah hari ini peneroka akan menyerahkan 'blue form' yang mereka terima.
Jelas Mazlan, gambaran yang diberikan seolah-olah peneroka akan mendapat saham percuma seperti kakitangan awam, atau syarikat tertentu apabila syarikat mereka dimasukkan ke bursa saham.
"Sebenarnya apa yang ditawarkan melalui 'blue form' itu adalah merupakan lanjutan daripada borang saham yang diedarkan oleh bank tertentu sebelum ini.
"Kita pun sudah buat injuksi untuk membatalkan borang saham sebelum ini tetapi hari ini datang pula 'blue form'," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
Bahkan katanya, peneroka hanya ditawarkan sekitar 800 unit saham sahaja yang berharga RM4.55 seunit tetapi borang pinjaman sebelum ini yang diterima peneroka memaklumkan bakal mendapat RM50,000 hingga RM100,000.
Mazlan menyifatkan tindakan itu sangat mengelirukan dan menasihatkan para peneroka berhati-hati dengan tawaran ini.
"Kalau ia perjanjian jangan tanda tangan! Bila berlaku kegagalan penyenaraian FGVH, saham akan jatuh, peneroka akan menanggung akibatnya," katanya yang bertalu-talu menerima panggilan daripada peneroka kerana kekeliruan itu.
Apa yang berlaku ini, beliau sifatkan kerajaan telah mengkhianati peneroka Felda apabila mereka enggan berterus terang dengan peneroka .
"Dalam FGVH, kerajaan kena berterus terang sama ada benda ini adalah pinjaman, katalah ia pinjaman! Jangan guna pelbagai tafsiran seperti durian runtuh.
"Apabila mengetahui ia adalah durian runtuh, maka mereka pun tanda tangan lah sebab mereka hendak mendapatkan duit
ini kerana kerajaan tidak berterus terang kepada peneroka," katanya.
ini kerana kerajaan tidak berterus terang kepada peneroka," katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment