WAWANCARA Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Polis berhubung tuduhan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut Musa, beliau sendiri memberi taklimat kepada Abdullah - perdana menteri ketika itu - mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.
“Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah), saya katakan yang terlibat Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan kesalahan).
"Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakiniminggu lalu.
Bekas ketua polis itu juga berkata, tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
“Orang boleh spinmacam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama
(Altantuya diletupkan).
"Saya dapati (mereka) tak terlibat," katanya.
Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal 2007.
Menurut sumber, mantan peguam cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Musa bertemu dengan Abdullah mengenai kes pembunuhan Altantuya sekitar 2007.
Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Yusof tidak memberikan apa-apa komen.
Altantuya dijumpai mati pada 18 Oktober 2006 di sebuah lokasi di Shah Alam selepas ditembak dan diletupkan dengan C4.
Selain Abdul Razak Baginda, pemikir kepada Najib, dua anggota polis - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas (UTK) - dihadapkan ke mahkamah.
Pada 9 April 2009, Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.
Abdul Razak Baginda pula didipati tidak bersalah dan dibebaskan. Abdul Razak kini menetap di London untuk menyelesaikan pengajian peringkat PhD di Universiti Oxford.
Rayuan yang difailkan oleh Azilah dan Sirul Azhar terhadap hukuman tersebut dijadual didengar Ogos ini.
AMIN ISKANDAR kolumnis Malaysiakini. Beliau bersama dalam wawancara dengan Musa yang dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment