JAKARTA - Isteri Presiden Indonesia, Ibu Ani Yudhoyono berlepas ke Pittsburgh, Amerika Syarikat malam kelmarin bagi menjalani pembedahan untuk rawatan penyakit berkaitan gangguan saraf.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang enggan menyatakan penyakit yang dideritai isterinya itu, hanya berkata, isterinya menghidap gangguan saraf atau gangguan pada tulang leher dan rawatan itu adalah atas nasihat pasukan doktor presiden.
Selama ini, katanya, mereka berdua sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berjadual di hospital tempatan dan dirawat oleh doktor Indonesia.
“Bagaimanapun, dalam kes ini, doktor yang merawat isteri saya mencadangkan agar beliau menerima rawatan di Pittsburgh yang memiliki kepakaran untuk membantu merawat penyakit yang dihidapi beliau,” katanya.
Jurucakap Presiden Julian Aldrin Pasha mengesahkan bahawa Wanita Pertama Indonesia itu akan menjalani pembedahan di Allegheny General Hospital, Pittsburgh, Pennsylvania pada 15 Jun ini.
Ibu Ani ditemani anak lelaki bongsunya yang juga Setiausaha Agung Parti Demokrat Edhie Baskoro Yudhoyono dan dan Ketua Pasukan Doktor Presiden, Brig Jen Dr Aris Wibudi.
Yudhoyono dijadual menjemput isterinya pulang ke tanah air di bahagian akhir lawatan 10 harinya ke luar negara.
Presiden Indonesia itu dijadual melawat beberapa buah negara termasuk menyertai Sidang Kemuncak G-20 di Los Cabos, Mexico; dan ke Rio de Janeiro, Brazil untuk Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tentang Pembangunan Mampan, yang juga dikenali sebagai Sidang Kemuncak Bumi Rio+20. - Bernama

No comments:
Post a Comment