Thursday, June 14, 2012
Kenapalah UMNO jadi sempit aqal ?
Kenapalah UMNO jadi sempit aqal ? Jangan buat pilihanraya musim haji, selesai masaalah. Kalut ribut ni kenapa ? UMNO cadang nak buat pilihanraya dalam musim haji ker ? Kalau tidak kenapa kalut ? Kalau UMNO nak buat pilihanraya dalam musim haji, maknanya UMNO lah yang halang orang nak buat haji sebab fatwa Mufti Pahang kata mengundi wajib ! Kerajaan pun kempen bagai nak rak suruh orang mengundi , jadi mana satu ni ? Nak mengundi ke nak buat haji ? Kalau nak suruh rakyat buat dua - dua haji dan mengundi maka jangan buat serentak ! Mudah kan berfikir ? Tambah pula, kalau buat pilihanraya musim haji, pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon parlimen dan DUN tidak boleh mengerjakan haji ? Habis tu, kalau pergi haji jugak .... Nak bagi UMNO menang percuma ? Supaya banyak lagi rasuah, salah guna kuasa dan mungkar berlaku dalam negara kita ? No way man !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment