Selepas kemenangan pada PRU-10 iaitu pada tahun 1999, tampuk kepimpinan Melaka telah diambil alih oleh Ketua Menteri, Ali Rustam daripada Rahim Thamby Chik. Maka bermulalah era prasekolah bagi anak-anak kecil dalam dilema ketakutan dan gangguan yang menggugat daripada kezaliman pemerintah pada masa itu.
Ibarat pemerintah yang dengki dan cemburu dengan kegemilangan Islam terutama apa yang dididik dan diajar kepada anak-anak kecil, disitulah bermula perancangan jahat untuk membantutkan perjalanan atau sistem pendidikan yang mengajar insan mengenali penciptaNya. Seawal umur 4 hingga ke 6 tahun, anak-anak kecil diajar mengenali apa itu doa.
Kejahilan pemerintah tidak dapat diatasi selagi mana dalam diri tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai pegangan hidup, maka yang halal jadi haram dan yang haram dihalalkan. Hukum-hakam menjadi porak-peranda dek ceteknya ilmu. Segalan-galanya berlaku pada tahun 1999 dan bermulah misi dan visi jahat.
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) At-Tanwir di Krubong telah di arahkan supaya menghentikan sistem pembelajaran pelajar prasekolah. Tujuan mereka berbuat demikian kerana bimbang dengan tempat bersebelahan PASTI tersebut diadakan ceramah PAS yang mendapat sambutan daripada orang ramai dan pada ketika itulah hati busuk pemimpin yang zalim merancang untuk menggagalkan sebarang aktiviti termasuk PASTI yang tidak berdosa menjadi mangsa.
PASTI At-Tanwir ditubuhkan pada tahun 1999 dan pada tahun itu juga Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka. PASTI yang ditubuhkan itu adalah hasil kutipan dan sumbangan orang ramai untuk dijadikan sebagai tempat anak-anak kecil belajar. Sebuah bangunan PASTI menempatkan 40 orang pelajar dan 2 orang guru serta seorang pembantu pada ketika itu yang terbahagi kepada 2 kelas.
Punca utama PASTI itu tidak dibenarkan beroperasi adalah tidak mempunyai permit. Selepas itu alasan demi alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Setelah alasan permit maka alasan bahawa premis yang dijadikan PASTI itu tidak mempunyai pelan bangunan. Maka bertungkus-lumus pihak PASTI menyiapkan pelan namun diberikan alasan bahawa pelan PASTI tidak diluluskan walhal PASTI itu telah didaftarkan.
Begitulah alasan yang diberikan sehinggakan rasa kurang senang itu sering menghantui pihak PASTI. Pihak berkuasa pada mulanya datang mengambil gambar sebagai kronologi untuk 'menghalau' kewujudan PASTI tersebut. Bukan itu sahaja, PASTI tersebut mendapat liputan yang meluas sehingga ke dada akhbar Cina pada ketika itu menunjukkan begitu zalimnya pemerintah yang baru.
Cubaan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil alih PASTI telah dipertahankan oleh pihak PASTI daripada diroboh dan pihak PASTI juga telah menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan. Akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu, ahli PAS datang beramai-ramai bagi mempertahankan PASTI tersebut.
Tindakan akhir mereka adalah datang untuk merobohkan PASTI tersebut. Tujuan mereka mahu merobohkan PASTI adalah tidak senang dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak PAS mengadakan ceramah ditapak berdekatan PASTI. PASTI akhirnya ditamatkan segala aktiviti setelah 3 tahun beroperasi.
Nasib yang sama menimpa PASTI At-Tanwir seperti PASTI Jaya Insan di Bukit Katil adalah turun naik ke mahkamah lebih daripada 10 kali. Namun sebarang keputusan gagal dicapai dan tidak berpihak kepada PASTI tersebut. Maka era keruntuhan PASTI bermula di Melaka namun Islam gagal diruntuhkan oleh pemerintahan yang zalim.
Akhirnya PASTI At-Tanwir telah berpindah ke tapak baru pada 2005 di sebuah taman di Krubong. Di situlah bermula PASTI At-Tanwir yang baru dan tiada lagi gangguan sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment