Friday, July 13, 2012

Jom tolong!

ISNIN, 2 JULAI 2012

Jom tolong!
Saya Nur Marzitah Binti Mat Isa ingin memohon bantuan kewangan daripada pihak yang sudi memberikan sumbangan bagi tujuan untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu’tah Jordan.

Untuk pengetahuan tuan dan puan, tujuan utama saya memohon bantuan ini adalah disebabkan kesulitan yang dihadapi oleh saya untuk membiayai kos pengajian ini. Memandangkan keluarga saya daripada keluarga sederhana.Bapa saya bekerja sendiri dan pendapatan bulanan yang diterima tidak menentu bergantung kepada keadaan dan cuaca.Pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas kami sekeluarga.

Anggaran perbelanjaan sebulan di sana sebanyak RM600 sebulan selain yuran pengajian sebanyak RM 40 000 (2 atau 3 tahun).

Saya amat berharap agar diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi membela nasib keluarga. Saya juga ingin mencapai cita-cita saya selama ini.Dengan adanya bantuan kewangan ini mungkin dapat memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran di samping meringankan bebanan ibubapa saya dalam menanggung keseluruhan kos pengajian saya.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada Akaun Maybank 158097823002 atas nama Nur Marzitah Binti Mat Isa atau hubungi saya 013-4640487. Dibawah ini juga saya lampirkan beberapa butir maklumat diri saya.

Semoga permohonan ini diberi perhatian oleh tuan,puan dan masyarakat sekalian. Saya sangat mengharapkan ada pihak yang prihatin bagi memberi peluang kepada saya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Segala kerjasama daripada semua pihak dan masyarakat amat diharagai dan didahului dengan ucapan Jazakallah Ukhairan Kathira.


Nur Marzitah Binti Mat Isa.
No 41, Kampung Paya Lintah,
33700 Padang Rengas,
Perak Darul Ridzuan

No comments:

Post a Comment