Friday, July 13, 2012

Rakyat perlu tahu perkara sebenar,

Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat. Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. “Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam. Apakah anak Ustaz Hassan Azhaari ini sudah insaf? Apa komen?

No comments:

Post a Comment