Wednesday, July 11, 2012

Penceroboh alami sakit mental


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Khalil Afandi dan Muhdalina
ditembak dalam kejadian amuk di Komples B, JPM di Presint 1 Putrajaya kelmarin.
KUALA LUMPUR – Polis semalam mendedahkan siasatan lanjut terhadap dua penceroboh yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya kelmarin mendapati mereka mempunyai masalah mental ekoran terjebak dengan ajaran sesat selain berfikiran ekstrem.
Polis juga memberitahu, kedatangan mereka ke kompleks pentadbiran itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan masa kini yang didakwa menguruskan pentadbiran negara tidak mengikut lunas-lunas Islam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pencerobohan yang disusuli kejadian amuk merupakan modus operandi yang sering digunakan oleh pengikut ajaran sesat.
Katanya, kesimpulan itu dibuat selepas pihaknya meneliti perkataan yang diucapkan oleh kedua-dua suspek ketika itu.
“Kalau tengok pada apa yang diucapkan (semasa kejadian), mereka terlibat dalam ajaran sesat, tetapi kumpulan mana (mereka sertai) kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati selepas terkena tembakan di bahagian bawah perut dan tangan manakala rakannya, Muhdalina Ahmad, 28, cedera di paha.
Kosmo! Online - Negara:

No comments:

Post a Comment