IPOH – Namanya tersenarai sebagai individu yang telah meninggal dunia 29 tahun lalu menyebabkan seorang warga emas, di sini, kecewa kerana tidak dapat mengundi pada 2008 lalu.
Foo Tong Seng, 74 menyedari perkara itu setelah pusat mengundi di kawasannya memaklumkan namanya tiada dalam sistem Suruhanjaya Daftar Pemilih.
Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, selepas menyedari perkara itu, Tong Seng datang ke pusat khidmat berkenaan untuk mendaftar semula bagi membolehkan dia mengundi pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, semakan yang dibuat melalui sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, nama Tong Seng belum didaftarkan menyebabkan tiada rekod mengenainya dalam sistem berkenaan.
"Lebih mengejutkan apabila saya menghubungi SPR untuk mengetahui status Tong Seng, kami dimaklumkan namanya telah dikeluarkan dari daftar pemilih kerana telah didaftar sebagai meninggal dunia pada 14 September 1983 oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Keadaan ini menyebabkan tekanan emosi kepada pengadu kerana dianggap meninggal dunia, sedangkan dia masih hidup, sihat dan masih mampu bekerja. Kami harap JPN dan SPR dapat mengemas kini data pengadu bagi membolehkan dia mengundi, kelak," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan aduan BN Perak, semalam.
Beliau turut memaklumkan yang kes melibatkan Tong Seng ini bukan kes pertama dilaporkan dan berharap ia tidak akan berulang lagi.

No comments:
Post a Comment