Thursday, August 16, 2012

Muslimah bekas pekerja Walt Disney mengaku dihina dan didiskriminasi semasa bekerja




AMERIKA - Seorang Muslimah berdarah Maghribi, bekas pekerja syarikat Walt Disney telah mengemukakan tuntutan terhadap syarikat Entertainement besar tersebut atas penghinaan dan diskriminasi saat sedang bekerja hanya kerana ia seorang Muslim, berdasarkan laporan PressTV, (14/8/202).

Imane Budlal (26) bekerja di Walt Disney sebagai Storryteller pada tahun 2008, mengatakan bahawa dia telah menjadi sasaran diskriminasi oleh syarikat giant itu kerana keislamannya.

The American Civil Liberties Union telah mengemukakan tuntutan atas nama Budlal.

"Gangguan dan diskriminasi dalam kes ini belum pernah terjadi sebelumnya, kata peguam Anne Richardson.

Richardson menekankan bahawa Muslimah Maghribi itu, yang telah menjadi warga Amerika, sejak awal bekerja mendapatkan penghinaan rasis kerana keyakinannya,

"Dia menderita selama dua tahun atas komen-komen dipanggil 'unta', dipanggil 'pengganas' dan dituduh membuat bom," kata Richardson.

Pihak Disney Land mendakwa bahawa tudung Budlal tidak sesuai dengan kod berpakaian syarikat.

Padahal, Budlal telah menawarkan untuk menggunakan tudung yang warnanya matching dengan seragam Disney atau terdapat logo Disney, tetapi Disney tetap menolak idea Budlal dan malahan meminta Budlal bekerja di area belakang yang jauh dari pandangan para tetamu.

Disney memecat Budlal pada tahun 2010 hanya kerana ia menolak perintah untuk memakai topi besar ala Disney di atas tudungnya.

Menurut peguam Reem Salahi, dikutip PressTV, bahawa pihak Disney Land sengaja menyuruh Budlal memakai topi besar supaya identiti keislamannya tidak kelihatan, dan sebagai bentuk olok-olok terhadap agamanya.

Namun pihak Disney mendakwa, dalam satu kenyataan, bahawa "Walt Disney parks and resorts mempunyai sejarah panjang menampung permintaan pelbagai agama dari para cast member dari semua keyakinan."

Walaupun Disney membela imej syarikat dengan mendakwa "membiarkan pelbagai agama" tetapi peguam Richardson mengatakan bahawa kes ini menunjukkan bahawa Disney melakukan amalan diskriminasi.

Sekarang Walt Disney menghadapi tuduhan ganda, meliputi kegagalan mencegah diskriminasi dan penghinaan serta pemecatan yang melanggar polisi awam.

No comments:

Post a Comment