ALEPO - Sekurang-kurangnya 100 orang awam muslim Syria gugur oleh peluru tentera rejim Syria dalam tragedi Jumaat (10/8/2012) yang mengambil slogan 'beri kami senjata anti pesawat'.
Gerakan revolusi rakyat mengangkat slogan itu sebagai bentuk protes kepada dunia antarabangsa yang memberi keluasaan penuh kepada pesawat pejuang, helikopter tentera dan meriam rejim Syria untuk membantai rakyat muslim dengan peluru berpandu dan bom.
Sekurang-kurangnya 100 orang awam muslim kembali tewas oleh serangan bom massif tentera rejim Syria di beberapa wilayah Syria. Di antara para korban, sebanyak 45 jenazah warga dijumpai terbaring di jalananan dan penempatan desa Shalahuddin, daerah Alepo.
Desa Salehudin dipertahankan mati-matian oleh Tentera Kebebasan Syria dan mujahidin Islam. Tentera rejim Syria mengerahkan kekuatan tentera besar-besaran untuk merebut desa itu. Sekurang-kurangnya 40 Tentera Kebebasan Syria dan mujahid dari pelbagai kumpulan gugur dalam pertempuran sengit di desa itu.
Meski desa Salehudin mengalami kehancuran berat, pihak tentera rejim Syria juga mengalami kerugian yang sangat besar. Di desa itu pula, mujahidin Islam berjaya menewaskan mayor jendral Isham Zahrudin pada Khamis (9/8/2012). Ia adalah komander tentera Syria yang bertanggung jawab atas pembunuhan warga muslim di Houla, Baba Amru, Zabdani dan Dauma, daerah Homs. Lewat taktik mundur, mujahidin Islam berjaya memancing komander jagal itu beserta pasukannya untuk memasuki desa. Mujahidin kemudian melakukan serangan ambush yang menewaskan sang komander jagal.
Sampai saat ini, mujahidin Islam dan Tentera Kebebasan Syria masih terlibat pertempuran sengit dengan tentera rejim Syria di wilayah Alepo. Pertempuran sengit juga masih berlangsung di wilayah Dier Ezur, Dara'a dan Damaskus. Tentera rejim Syria mempergunakan keunggulan angkatan udaranya untuk meluluh lantakkan desa dan bandar serta membantai sebanyak mungkin rakyat awam, mujahidin atau Tentera Kebebasan Syria.
No comments:
Post a Comment