Tuesday, August 14, 2012

Keadaan Muslim Rohingya yang sangat memilukan, isteri PM Turki pun menangis saat berkunjung ke Arakan




Arakan - Isteri Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan yang bernama Emine Erdoğan bersama Menteri Luar Negeri Ahmet Davutoglu melawat Arakan pekan ini untuk melihat keadaan para pelarian Muslim Rohingya akibat keganasan yang terjadi dan memberikan bantuan kepada mereka.

Erdoğan sebelumnya telah mengumumkan rancangan lawatan delegasi dalam acara di sebuah saluran TV pada Ahad minggu lalu, mengatakan bahawa isterinya Emine dan puterinya Sümeyye akan berangkat menuju Arakan pada hari Rabu (8/8/2012) bersama Davutoglu dan pasukan lain.

Dalam video yang diterbitkan di Youtube pada hari Jumaat (10/8), Davutoglu bersama isteri Erdoğan beserta puteri dan pasukan lain melawat salah satu pelarian, kem Baduba, di negara bahagian Arakan, Myanmar (Burma). Mereka berbicara dengan para pelarian dan memberikan bantuan.

Rombongan delegasi Turki disambut oleh para pelarian Rohingya di sepanjang jalan, mereka mengucapkan salam, dan nampak ada harapan di wajah mereka agar delegasi antarabangsa akan terus menghulurkan bantuan.

Saat sedang berjumpa dengan pelarian Muslim Rohingya, isteri Erdoğan tak kuasa menahan air matanya lantaran sedih melihat keadaan Muslim Rohingya yang sangat memilukan. Seorang pelarian sambil menangis mengatakan kepada Davutoglu bahawa Muslim di sana mengalami penindasan dan mereka memerlukan pertolongan, kemudian penterjemah negara menerangkannya kepada Davutoglu, begitupun sebaliknya.


Suasana menjadi sangat haru, pelarian itu terus menerus menangis dan dipeluk oleh Davutoglu, sementara Emine Erdoğan terus menitiskan air mata.

Emine terus menangis ketika berjumpa dengan para pelarian Rohingya lain, sampai ketika ia bersama rombongan hendak meninggalkan tempat itu.

Selain memberikan bantuan kepada para pelarian Rohingya, delegasi Turki juga kelihatan memberikan bantuan kepada 'pelarian' etnik Rakhine.

No comments:

Post a Comment