Friday, August 31, 2012

Tak endah nasib Nasharudin



Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak mahu mengambil tahu mengenai nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Katanya, apa yang perlu diberikan perhatian ialah kepada mereka yang sudah banyak berjasa kepada agama, bukannya kepada yang tidak mampu memberi sebarang sumbangan sehingga menjadi sampah dunia.
Peduli orang banyak jasa
“Tak usah peduli sangat pada ‘A’ atau pada ‘B’. Kita hanya peduli (ambil tahu) terhadap orang yang mempunyai banyak jasa kepada agama dan individu, beginilah yang harus dihormati. Bukannya yang tidak berjasa, buang masa begitu saja, jadi sampah di dunia,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas melawat seorang mangsa ragut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam. Hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abd Rahman.

Nik Aziz mengulas mengenai nasib Nasharudin yang bakal ditentukan oleh Majlis Syura pada mesyuarat 9 September ini berikutan gesaannya supaya PAS keluar pakatan pembangkang selain terbabit dalam pertikaman lidah dengan pemimpin DAP.

Menteri Besar Kelantan itu, sebelum ini pernah berkata bahawa beliau tidak akan terkejut sekiranya Nasharudin keluar parti dan menyifatkan adalah lebih baik bagi Ahli Parlimen Bachok itu meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Tunggu mesyuarat dulu

Ditanya mengenai pemimpin PAS masih memberi sokongan mempertahankan bekas Timbalan Presiden itu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, sama ada Nasharudin hendak letak jawatan (keluar parti) atau tidak, tunggu mesyuarat dulu.

“Saya akan hadir (pada mesyuarat Majlis Syura itu) yang akan menentukan nasib Nasharudin. Doakan supaya saya boleh menghadirinya kerana sekarang ini masih lagi uzur, baru saja keluar hospital,” katanya.

No comments:

Post a Comment