Dibawah pelan tranformasi Perdana Menteri Najib Tun Razak, tranformasi paling berjaya Najib adalah tranformasi budaya matang kepada budaya politik samseng.
Dulu masih ada segan silu, tetapi sekarang semakin menjadi-jadi lagi perangai samseng budak-budak suruhan mereka. Dulu hanya tahu berbohohng, lepas tu sudah berani tunjuk punggung, sekarang pakai kasut, baling tong cat.
Lihatlah insiden terkini berlaku ke atas bas ‘Merdeka Rakyat’ milik PKR dan perlakuan kurang ajar anak Melayu baling kasut dalam Masjid Al Husain, Seberang Pumpong Alor Setar Kedah semalam ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ingin menyampaikan tazkirah Maghrib.
Mungkin buku belum bertemu ruasnya. Biarlah, pasti setiap kejahatan bakal menerima padahnya kelak, hukum karma tetap ada.
Budaya samseng yang berlaku sama naik dengan budaya fitnah. Cuma Pimpinan UMNO tidak pun bersuara. Kata orang, ‘redha dalam diam’ dan baling batu sembunyi tangan. UMNO menggunakan cyber troopers untuk menfitnah, membiarkan jaringan suku-sakatnya seperti Perkasa, Jati dan pelbagai lagi topeng NGO untuk membiakkan budaya fitnah.
Masih ada hukum karma
Dalam keserakahan UMNO-BN mengaut semula sokongan rakyat, perbuatan samseng ini cuma mencemarkan imej mereka sendiri. Inilah model Melayu Islam ala UMNO. Kejantanan mereka sekadar baling tong cat,baling batu, baling telur dan baling kasut.
Ternyata, tindakbalas pra-matang UMNO-BN ini merupakan petanda bahawa mereka gagal memahami dan menerima arus perubahan dan gelombang kebangkitan rakyat yang mula menjiwai semangat demokrasi.
Atau, kerajaan UMNO-BN Najib mula merasai bahang kejatuhan mereka tersungkur di Putrajaya?
Kalaulah UMNO-BN matang dan anak jantan; tidak perlulah ‘baling-baling’ lagi. Hentikanlah budaya samseng ini, ayuhlah berpolitik secara matang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
No comments:
Post a Comment