Monday, September 10, 2012

Kuswadinata makin stabil




         
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran popular, Kuswadinata yang terlantar sakit selepas menghidap penyakit kanser kalenjar masih mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sejak 5 September lalu.

Bintang filem Melayu seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu mengalami masalah kesihatan kritikal sejak penghujung Julai lalu sehingga perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.


Menurut isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, suaminya sempat menjamah kek hari jadi ke-74 kelmarin dan menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin stabil apabila boleh mengiring badan.

“Pada 29 Julai lalu, dia menerima rawatan selepas buah pinggang bengkak. Dia pernah menjalani pembedahan saluran darah pecah pada 2008 dan kesan pembedahan itu membuatkan buah pinggang kiri rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.


“Dia ditahan di wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 21 hari dan kemudian dibenarkan pulang pada Aidilfitri kelima. Ketika itu, dia kelihatan lemah dan selepas itu mengalami pendarahan akibat ulser pada 29 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment