Monday, December 31, 2012

32 maut dalam serangan

BEIRUT 30 Dis. - Tentera Syria terus mengebom kubu pemberontak berhampiran Damsyik hari ini sehari selepas sekurang-kurangnya 32 penduduk termasuk 11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara dan artileri di ibu negara itu, semalam.
Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, kanak-kanak dan dua wanita merupakan antara korban dalam serangan yang tertumpu di bandar terpencil pinggir timur laut dan barat daya Damsyik yang berlarutan sehingga malam tadi.
Katanya, pertempuran sengit berlaku di kubu kuat pemberontak di timur laut Harasta dan tentera Syria turut membedil bandar Moadamiyet al-Sham, barat daya Damsyik serta Bait Saham yang terletak berhampiran lapangan terbang.
Jawatankuasa Penyelaras Tempatan, satu rangkaian aktivis tempatan berkata, serangan artileri dari lapangan terbang tentera Mazzeh juga berlaku di kawasan perumahan Moadamiyet al-Sham. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121231/lu_07/32-maut-dalam-serangan#ixzz2GaVGjZSL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment