Tahukah Anda......
Ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.
Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu.
KENAPA ?
Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia melakukan rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.
Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang melakukan rasuah.
Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu untuk mendakwa Menteri berkenaan.
Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
P/S : Jika dulu rasuah sebagai kudis kini ia dah menjadi BARAH...sebab tulah dapat title World Champion...Kihkihkih....
- Pakatan Rakyat Supporters
No comments:
Post a Comment