Friday, December 14, 2012

Pelajar berang nama kolej ditukar nama Malala

myMetro | Pelajar berang nama kolej ditukar nama Malala: "MINGORA: Pegawai kerajaan Pakistan berkata, beberapa ratus pelajar berhimpun dan membantahnama kolej mereka ditukar sempena nama aktivis pelajar sekolah perempuan yang ditembak oleh Taliban dengan alasan ia akan membawa risiko keselamatan.

Anggota kumpulan Taliban menembak dan mencederakan Malala Yousufzai, 15, Oktober lalu di Mingora, bandar utama di barat daya Lembah Swat kerana mengkritik kumpulan militan itu dan menyokong pendidikan untuk budak perempuan.
Pegawai Kanan di Swat, Kamran Rehman berkata, kira-kira 300 pelajar mengambil bahagian dalam bantahan di Kolej Sarjana Muda Kerajaan Malala di Mingora.

Katanya, mereka merosakkan papan tanda bertulis nama baru kolej itu, mengoyakkan gambar Malala, memboikot kelas dan memecahkan tingkap bas kolej.


Kamran berkata, dia menyiasat sama ada ada kumpulan bermotif politik yang bertanggungjawab. - AP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment