Wednesday, December 12, 2012

Pemberontak pula didakwa mungkin guna senjata kimia

Pemberontak pula didakwa mungkin guna senjata kimia:

Seorang pemberontak Syria berlari menyeberangi sebatang jalan bagi mengelak menjadi mangsa serangan hendap tentera kerajaan di kawasan kediaman Bustan al-Basr di bandar Aleppo, kelmarin. - AFP
DAMSYIK 9 Dis. - Kerajaan Syria memberi amaran pemberontak di negara ini mungkin menggunakan senjata kimia untuk menentang tentera Presiden Bashar al-Assad, sambil menegaskan bahawa tentera kerajaan tidak akan menggunakan senjata itu ke atas rakyat.
Menteri Luar Britain, William Hague pula mendakwa terdapat bukti menunjukkan tentera Syria telah bersiap sedia menggunakan senjata kimia dalam konflik berdarah di negara ini yang telah berlarutan hampir 21 bulan dan mengorbankan kira-kira 42,000 orang.
"Pemberontak mungkin menggunakan senjata kimia untuk menentang tentera kerajaan selepas mereka berjaya menawan sebuah kilang toksik di timur Aleppo," kata Kementerian Luar Syria.
Kementerian itu dipercayai merujuk kepada kilang Syrikat Kimia Syria-Saudi (SYSACCO) berhampiran Safira yang ditawan pemberontak daripada kumpulan Barisan al-Nusra awal minggu ini.
Kementerian itu juga bertegas bahawa kerajaan Syria tidak akan menggunakan senjata kimia untuk menentang rakyat.
"Tentera Syria sedang mempertahankan rakyat negara ini daripada pemberontak yang mendapat sokongan daripada beberapa negara yang diketuai Amerika Syarikat (AS)," tambah kementerian itu.
Masyarakat dunia kini bimbang berhubung simpanan senjata kimia Syria yang semakin meningkat selepas pegawai AS pada awal minggu ini mendedahkan bahawa tentera negara ini telah mula mencampurkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan gas sarin ke atas pemberontak.
Beberapa media pula melaporkan, tentera Syria telah pun meletakkan bahan kimia ke dalam bom dan hanya menunggu arahan daripada Assad untuk menggunakannya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121210/lu_03/Pemberontak-pula-didakwa-mungkin-guna-senjata-kimia#ixzz2ElAcp0A9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment