Wednesday, December 12, 2012

Ratusan wartawan dunia dipenjarakan

Ratusan wartawan dunia dipenjarakan - Global - Sinar Harian:

Ratusan wartawan dunia dipenjarakan
Sekurang-kurangnya 49 wartawan Turki dihukum penjara.
NEW YORK - Sebuah pertubuhan memperjuangkan kebebasan akhbar berpangkalan di New York, mendedahkan seramai 232 wartawan seluruh dunia menjadi tahanan sekali gus jumlah berkenaan meningkat sebanyak 53 orang berbanding 2011.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) memaklumkan, jumlah tersebut meningkat sejak organisasi berkenaan mula melaksanakan kaji selidik pada 1990.

Angka tertinggi itu diperoleh CPJ berdasarkan jumlah wartawan yang di penjara sejak 1 Disember lalu.

Menurut CPJ, Turki merupakan negara tertinggi memiliki banduan di kalangan wartawan iaitu seramai 49 orang, diikuti Iran sebanyak 45 orang.

Pengarang berita TV Turki, Mehmet Ali Birand memberitahu, pengamal media khasnya wartawan tempatan terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara berikutan kerajaan tidak melaksanakan Perlembagaan yang membezakan kebebasan bersuara dengan keganasan.

Lapor CPJ, wartawan seluruh dunia turut berhadapan dakwaan antikerajaan sepanjang tahun ini termasuk keganasan, penderhakaan dan subversi. - TheGuardian

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment