KABUL 31 Dis. - Seramai 1,056 tentera Afghanistan terbunuh dalam pelbagai serangan sepanjang tahun ini, lapor Kementerian Pertahanan.
Menurut jurucakap Kementerian, Zahir Azimi, berdasarkan laporan, lebih 75 peratus Tentera Kebangsaan Afghan terbunuh dalam serangan termasuk dalam serangan letupan darat dan juga serangan bom jalanan.
"Tentera kami mudah terdedah dengan serangan darat berbanding tentera luar yang memiliki peralatan yang lebih canggih," katanya. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121231/lu_10/1056-tentera-Afghanistan-terkorban-sepanjang-tahun-ini#ixzz2GjmOylxX
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment