Friday, January 18, 2013

30 tebusan, 11 pemberontak terkorban di Algeria


ALGIERS: Seramai 30 tebusan dan sekurang-kurangnya 11 pemberontak terbunuh apabila angkatan tentera menyerbu loji minyak dalam usaha membebaskan berpuluh warga Barat dan orang tempatan yang ditawan, kata sumber pasukan keselamatan negara itu.

Dua rakyat Jepun, dua warga Britain dan seorang rakyat Perancis adalah antara tujuh warga asing yang terbunuh manakala lapan lagi tebusan yang turut terkorban ialah warga tempatan. Warga Amerika Syarikat, Norway, Romania dan Austria turut disebut oleh kerajaan mereka sebagai antara mereka yang dijadikan tebusan.
Selepas operasi yang berlarutan sehingga lapan jam selepas tentera kerajaan enggan menunaikan tuntutan penculik untuk meninggalkan negara berkenaan bersama tebusan, mayat tiga rakyat Mesir, dua Tunisia, dua Libya, seorang Mali dan Perancis turut dijumpai.

Kumpulan bersenjata merampas kemudahan minyak penting di gurun itu pada Subuh kelmarin mendesak Perancis supaya menghentikan serangan terhadap pejuang Islam di Mali. - Reuters

No comments:

Post a Comment