Friday, January 18, 2013

Tentera Algeria berjaya selamatkan 604 tebusan



ALGIERS 18 Jan. - Kira-kira 600 pekerja tempatan dan empat pekerja asing yang ditahan sebagai tebusan oleh sekumpulan militan di kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur negara ini, dilapor telah diselamatkan oleh tentera Algeria dalam satu operasi menyelamat.
Agensi berita tempatan, APS melaporkan, kesemua pekerja rakyat tempatan itu dibebaskan selepas tentera Algeria melancarkan operasi darat dan udara untuk menggempur kompleks berkenaan bagi membebaskan tebusan.
Turut dibebaskan, empat pekerja asing iaitu dua rakyat Britain dan masing-masing satu dari Perancis dan Kenya.
Bagaimanapun, nasib dua rakyat Malaysia iaitu K. Ravi, 48, dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38, dari Sarawak masih belum diketahui.
Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) turut menghantar sebuah pesawat peninjau tanpa pemandu (drone) untuk meninjau keadaan semasa di kompleks berkenaan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130118/lu_11/Tentera-Algeria-berjaya-selamatkan-604-tebusan#ixzz2IKs3MSt4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment