London: Seorang ahli Parlimen Britain mungkin tidak menyangka bahawa dia akan dikecam kerana memberi pendapat bahawa pakaian mencolok mata boleh mengundang padah kepada wanita.
Richard Graham dari parti Konservatif mendapat reaksi itu selepas berkata, wanita meningkatkan risiko dirogol apabila memakai skirt pendek yang ketat dan berada dalam keadaan mabuk ketika di luar rumah pada waktu malam.
Sukar lari
Dia juga menambah, walaupun apa yang dipakai wanita tidak semestinya menarik perhatian penyerang, ia menyukarkan mereka melarikan diri.
“Jika anda wanita muda yang balik ke rumah bersendirian melalui taman pada awal pagi memakai skirt pendek yang ketat, kasut tumit tinggi dan ada penyerang di situ, jika anda mabuk dan memakai pakaian itu, bagaimanakah anda dapat lari?
“Ia bukan mengenai tarikan pakaian itu kepada penyerang tetapi sama ada pakaian berkenaan menyukarkan anda melarikan diri daripadanya,” kata wakil rakyat Gloucester itu.
Jurucakap Krisis Rogol England dan Wales, Jo Wood, pula berkata: “Kenyataan itu adalah satu pandangan umpama 100 tahun dulu.
Lelaki ambil kesempatan
“Tidak kira jika anda sedang tidur dan terbaring dalam keadaan bogel di atas bangku, soalnya ialah lelaki mengambil kesempatan merogol anda. Kita perlu persalah penyerang.”
Jurucakap Pusat Krisis Rogol Gloucestershire, menekankan bahawa perbuatan merogol adalah satu jenayah.
Ia bukan disebabkan seseorang itu mabuk atau tidak sebaliknya dirangsang oleh keinginan untuk memalukan dan menjatuhkan maruah mangsa.
Namun, Graham kemudian menambah bahawa beliau memberi pandangan mengenai cara pengurusan risiko.
Oleh itu, katanya, kecaman mereka adalah tidak wajar kerana mentafsirkan nasihatnya bermaksud wanita yang ‘mahu ia berlaku.’ - AGENSI
No comments:
Post a Comment