7 terbunuh serangan lelaki bersenjata
Iskandar (kiri) mengarahkan kawalan ketat dilakukan di Papua, Indonesia.
JAYAPURA - Sekurang-kurangnya tujuh terkorban selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata di wilayah bergolak Papua, Indonesia.

Jurucakap tentera Iskandar Sitompul berkata, lelaki bersenjata tidak dikenali itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan tentera di Nambut Tinggi pada jam 9.30 pagi waktu tempatan.

“Penyerang menggunakan senapang dan parang, membunuh tiga askar dan dua orang awam,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai individu yang sama melakukan serangan di pos tentera Khamis lalu.

“Kami percaya lelaki itu mempunyai kaitan dalam serangan dilakukan 20 lelaki di Nambut Tinggi, pergunungan Puncak Jaya,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan terbabit dikatakan sering menimbulkan kekacauan di kubu kuat pemisah sejak 40 tahun lalu.

Papua dimasukkan ke Indonesia pada 1969 selepas mendapat kemerdekaan daripada Belanda. - AFP