Friday, February 22, 2013

53 maut letupan di Damsyik



SEBUAH kereta terbakar selepas letupan itu berlaku.


BEIRUT - Seramai 53 orang mati dan lebih 200 lagi cedera di tengah Damsyik, Syria semalam apabila sebuah bom kereta meletup di sebuah lebuh raya yang sibuk, menurut laporan televisyen di negara itu.
Lokasi letupan itu terletak berdekatan Parti Baath yang memerintah Syria dan berhampiran Kedutaan Rusia.
Menurut stesen televisyen tersebut, letupan itu dilakukan oleh golongan yang berjuang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad.
Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi menyatakan kebanyakan yang terbunuh ialah orang awam.
Ia menyatakan, lokasi letupan tersebut terletak 200 meter dari Kedutaan Rusia dan bangunan Parti Baath.
Agensi berita SANA menyatakan, antara mangsa letupan bom tersebut ialah kanak-kanak di sebuah sekolah berdekatan di Mazraa.
Penentangan penduduk terhadap rejim Bashar bermula pada Mac 2011.
Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran antara penduduk tempatan dengan askar-askar Syria.
Kumpulan penentang itu mahu Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalannya untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LaZ8UXwS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment