Saturday, February 23, 2013

Bom basikal meletup bunuh 16 orang



Hyderabad: Kerajaan India didakwa melakukan kegagalan perisikan besar selepas bom berkembar yang dipasang pada dua basikal meletup, menyebabkan 16 orang terbunuh.

Serangan hampir serentak di luar sebuah panggung wayang dan perhentian bas malam kelmarin berlaku di daerah Dilsukh Nagar.


Ia adalah serangan bom maut pertama di India sejak 2011. Seorang penyiasat kanan berkata, dua kumpulan militan memperkatakan kemungkinan serangan itu ketika mereka disoal siasat Oktober tahun lalu.

Menurut pegawai yang bertanggungjawab dalam operasi antipengganas, S N Shrivastava, dua militan disoal siasat dan mendakwa mereka meninjau beberapa lokasi di Delhi, Mumbai, Hyderabad dan Pune untuk dijadikan sasaran serangan. “Satu daripada lokasi yang disebut mereka ialah Dilsukh Nagar,” katanya. Pembangkang utama India, Parti Bharatiya Janata (BJP), mendakwa kejadian itu menandakan kerajaan mekanisme perisikan kerajaan pimpinan Parti Kongres. Pemimpin BJP di parlimen, Sushma Swaraj berkata, jika pihak berkuasa memiliki maklumat spesifik, apakah yang dilakukan kerajaan Pusat dan negeri.


“Mengapa tiada tindakan dilakukan bagi menghalang insiden itu berlaku?” katanya. Setakat ini tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab, tetapi kerajaan diaibkan dengan pendedahan pembangkang bahawa kegagalan keselamatan sistematik berlaku ketika negara itu berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga. Ketika penyiasat menyelongkar kesan letupan bagi mencari petunjuk, akhbar menuduh kumpulan Mujahideen India sebagai dalang. Ahli parlimen dari Parti Komunis, Basudev Acharya, berkata setiap kali letupan seperti di Hyderabad berlaku, rakyat diberitahu berlaku kegagalan perisikan. “Mengapa sentiasa berlaku kegagalan?” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment