Wednesday, February 27, 2013

Pemimpin BN Kena Senarai Hitam!




Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan tujuh notis kompaun – masing-masing berjumlah RM250 – ke atas Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana memasang bendera 1Malaysia di Georgetown tanpa kebenaran.

Jumlah berkenaan melibatkan bayaran upah dan kos pengangkutan lori bagi membuang sejumlah besar bendera yang muncul sempena kunjungan Perdana Menteri, Najib Altantuya semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Ahli majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata BN diberikan notis berkenaan pada 20 Februari untuk mengutip 9,500 bendera yang dirampas pekerja majlis perbandaran kerana dipasang secara "haram dan membahayakan kenderaan di jalan raya".

"BN akan disaman RM10 untuk setiap bendera apabila ia dikutip. Jika mereka tidak pungut bendera, kita akan munsahkannya dalam masa 14 hari sejak tarikh notis," katanya.

Katanya, MPPP juga menyenarai hitam Ng Say Kheng – naib ketua pemuda Gerakan yang memohon permit bendera tersebut.

Jelasnya undang-undang kecil pengiklanan MPPP memperuntukkan bahawa individu yang tidak mematuhi peraturan akan disenarai hitam.

No comments:

Post a Comment