PETALING JAYA – Pembangkang mendakwa menemui bukti berlaku penipuan dalam daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), penggal ini.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan di sebalik peningkatan pemilih baru begitu mendadak yang dikatakan SPR sebelum ini, sebenarnya melibatkan kesalahan jenayah yang termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5).
Dakwanya, penolong pendaftar dipercayai membuat daftar pemilih tanpa pengetahuan penama itu sendiri atau dalam erti kata lain membuat kenyataan permohonan pendaftaran pemilih secara palsu.
“Kami terima beratus-ratus aduan berhubung perkara ini. Ia melibatkan pelajar di luar negara, pemilih cukup umur tetapi didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, kumpulan dewasa yang tidak pernah mendaftar dan beberapa ahli Puteri Umno yang juga didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
“Paling ramai melibatkan penuntut universiti manakala kira–kira 10 kes melibatkan ahli Puteri
Sehubungan itu katanya, pembangkang meminta SPR menjelaskan kepada rakyat berhubung penemuan ini. Pada masa sama menggesa semua mereka yang terlibat di dalam kategori tersebut dengan segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR atau melalui wakil pembangkang.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sekali lagi menegaskan, mana-mana parti politik perlu membuat aduan kepada agensi itu jika mendapati penipuan dilakukan oleh mana-mana penolong pendaftar.
"Jika ada mana-mana parti politik mendapati wujud salah laku penolong pendaftar, mereka seharusnya memaklumkan kepada SPR. Gunakan saluran betul, bukan kepada media atau pihak lain. Itu barulah tindakan yang tepat.
“Jika benar laporan itu, mereka akan ditamatkan perkhidmatan dan nama-nama pengundi baru juga akan diteliti supaya tidak berlaku perkara tidak diingini seperti penganiayaan atau sebagainya,” katanya.
Katanya, dengan jumlah hampir 7,000 penolong pendaftar, sudah pasti akan wujud perkara salah laku atau tidak mengikut syarat.
“Setakat ini, SPR sudah mengambil tindakan ke atas lebih 300 penolong pendaftar daripada pelbagai parti.
“Penolong pendaftar ini adalah wakil parti yang dilantik oleh parti politik sendiri, bukan SPR. Tugas mereka mencari pengundi baru dan setiap pendaftaran akan dibayar RM1 kepada satu nama,” katanya.
Katanya, perkara itu sudah dijelaskan kepada semua parti sejak sistem penolong pendaftar diwujudkan pada tahun 2007.
“SPR tidak akan bersekongkol dengan mana-mana parti seperti dakwaan sesetengah pihak dan kami berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

No comments:
Post a Comment