Thursday, February 21, 2013

Saintis Australia temui kesan asteroid



Sydney: Sekumpulan saintis menemui zon impak berkeluasan 200 kilometer di pedalaman Australia yang dipercayai kesan daripada asteroid terbesar yang jatuh ke bumi lebih 300 juta tahun lalu.

Felow pelawat Universiti Kebangsaan Australia, Andrew Glikson berkata asteroid dengan diameter berukuran 10 hingga 20 kilometer itu bersaiz mega berbanding meteor yang terjatuh dan meletup di Russia seminggu lalu.
Kejadian mengejutkan

Kejadian berkenaan mengejutkan dan mencederakan hampir 1,200 penduduk di Urals, Chelyabinsk, Glikson berkata kesan daripada kejadian yang pernah berlaku di Australia mungkin lebih besar.

“Ini adalah satu penemuan terbaru,” kata Glikson kepada AFP menerangkan zon impak di East Warburton Basin, South Australia.

“Saiz kawasan terbabit benar-benar memeranjatkan. Ia berukuran 200 kilometer (dalam diameter) menjadikannya yang ketiga terbesar di dunia,” katanya.

Lembangan ini membuktikan bahawa kawasan 30,000 kilometer persegi berubah akibat sesuatu yang berlaku secara mengejut.
“Berikutan itu saya menghabiskan masa berbulan-bulan di makmal melakukan pelbagai ujian di bawah mikroskop mengukur orientasi kristal,” katanya.
AFP

No comments:

Post a Comment