21 Februari 2013
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 33 penduduk termasuk kanak-kanak maut dalam serangan didalangi rejim Presiden Bashar al-Assad yang menyasarkan daerah penduduk miskin di Aleppo, menurut aktivis, kelmarin.
Kebanyakan mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan angka kematian juga dijangka meningkat.
Dalam kejadian berasingan di ibu negara, agensi berita SANA melaporkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut melancarkan serangan mortar berhampiran kawasan istana presiden.
Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau berada di kediamannya semasa insiden itu.
Difahamkan, serangan pertama berhampiran istana presiden tersebut adalah untuk menyampaikan mesej jelas bahawa tiada lagi tempat selamat untuk rejim itu berlindung. - AFP

No comments:
Post a Comment