BAGHDAD 30 April - Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban dan 89 yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di seluruh Iraq, hari ini.
Kebanyakan serangan bom berlaku di kawasan yang didiami puak Syiah.
Serangan yang paling besar berlaku di Amara yang terletak kira-kira 400 kilometer di tenggara Baghdad di mana sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan meletup di pasar menyebabkan 16 orang terbunuh dan 25 lagi cedera.
Sementara itu di Diwaniyah, yang terletak kira-kira 150 kilometer di selatan Baghdad, sebuah kenderaan yang diletakkan bahan letupan meletup sekali gus meragut empat nyawa dan mencederakan 33 yang lain. - dpa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130430/lu_02/39-terbunuh-dalam-siri-serangan-bom-di-Iraq#ixzz2Rtj3ltYi
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment