Tuesday, April 30, 2013

Ramai pemisah Uighur ditahan



Polis menahan lebih ramai suspek berhubung insiden pertempuran di antara pihak berkuasa dan orang awam yang menyebabkan 21 maut di Xinjiang, barat China, lapor media tempatan semalam.

Sebelum ini, lapan suspek sudah ditahan selepas pergaduhan tercetus pada 23 April lalu itu.


Stesen televisyen CCTV melaporkan satu lagi kumpulan suspek ditahan dan disoal siasat, tetapi tidak dinyatakan jumlah yang terbabit.

“Sejumlah bahan letupan turut dirampas,” lapor CCTV.


Pihak berkuasa menggelar mereka sebagai “beberapa kumpulan pengganas.” Semalam juga CCTV memaparkan laporan majlis pengebumian 15 anggota polis yang terbunuh dalam keganasan itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Keselamatan Awam, Meng Hongwei.


Insiden pada minggu lalu itu mencatat jumlah kematian tertinggi dalam tempoh beberapa bulan di Xinjiang - sebuah wilayah yang didiami ramai penduduk etnik Uighur beragama Islam selain etnik Han dari wilayah lain.

Seorang pemimpin aktivis Uighur, Dilxat Raxit berkata, kenyataan rasmi kerajaan mengenai insiden berkenaan boleh dipertikaikan.


“PihakSumber tempatan berkata, polis memulakan kekacauan dengan menembak seorang belia Uighur ketika mereka melakukan pemeriksaan haram di rumah penduduk setempat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sebelum ini, pihak berkuasa mendakwa hanya 10 orang terbunuh terdiri daripada 10 etnik Uighur, tiga etnik Han dan dua penduduk keturunan Mongolia.


Latar belakang penyerang tidak didedahkan.

No comments:

Post a Comment