Sunday, April 7, 2013

SBY arah batal guna bendera GAM



Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, semalam memberi tempoh dua minggu kepada pihak berkuasa Aceh supaya berhenti menggunakan bendera Gerakan Aceh Merdeka (GAM) sebagai simbol wilayah itu.

“Saya masih berharap dalam masa seminggu atau dua ini akan dihentikan dan isu bendera itu tidak lagi berbangkit.
“Apa yang jelas ialah ‘Merah-Putih’ (bendera Indonesia) akan berkibar di seluruh negara,” kata Susilo.

Bendera itu mempamerkan bulan sabit dan bintang pada latar belakang merah digunakan GAM sepanjang puluhan tahun berjuang menuntut kemerdekaan.


Ia diterima untuk dijadikan simbol Aceh selepas diluluskan Parlimen tempatan, baru-baru ini.


Susilo memberitahu demikian pada sidang akhbar di Istana Merdeka.

Beliau menggesa pentadbiran Aceh akur dengan persetujuan yang dicapai pada perjanjian damai ditandatangani beberapa tahun lalu.

Susilo berkata, beliau akan memanggil Gabenor Aceh yang juga bekas pemimpin GAM Zaini Abdullah untuk berbincang mengenai kemunculan semula simbol bekas kumpulan pemisah itu.

Beliau menyifatkan kontroversi berkait dengan penggunaan bendera itu sebagai langkah ke belakang bagi Aceh. - JG

No comments:

Post a Comment