Sunday, April 7, 2013

Timbalan Gabenor Yala terbunuh



Anggota keselamatan Thailand memeriksa kawasan serangan bom yang mengorbankan Timbalan Gabenor wilayah Yala, Issara Thongthawat, semalam. - REUTERS
BANGKOK 5 April - Timbalan Gabenor wilayah Yala, Issara Thongthawat adalah antara dua orang yang terbunuh dalam satu serangan bom di wilayah itu hari ini, seminggu selepas kerajaan mengadakan rundingan damai pertama dengan kumpulan pemisah.
Jurucakap tentera wilayah selatan, Kolonel Pramote Promin berkata, Issara, 55, dan Setiausaha Tetap Yala bagi keselamatan, Chavallit Krairisk terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki terkena sebutir bom yang meletup di tepi jalan raya.
''Issara, dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan,'' kata Pramote.
Beliau berkata, Issara dipercayai merupakan sasaran kumpulan pemisah ketika beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu pesta makanan tempatan.
''Bahan letupan ditempatkan dalam sebuah gas silinder dan diletakkan di jalan raya. Pemandu Issara turut cedera dan berada dalam keadaan kritikal,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130406/lu_05/Timbalan-Gabenor-Yala-terbunuh#ixzz2PjoI9V4N
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment