Thursday, May 16, 2013

Raja Namrud


Harlina Binti Ahya Ulumuddin
Raja Namrud ( Bahg. 1 )

Assalaamu'alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ....... 

Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.

"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 - 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

No comments:

Post a Comment