Thursday, May 16, 2013

Derita kanak-kanak kepala besar




RASHIDAH melihat keadaan Muhammad Adnan yang menghidap penyakit kepala besar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.


BUKIT MERTAJAM – Ketika kanak-kanak seusianya riang bermain, Muhammad Adnan Azlan, 4, hanya terlantar di rumah kerana menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus sejak dilahirkan.
Ibunya, Rashidah Abdul Rahim, 29, berkata, penyakit itu mula dikesan ketika Muhammad Adnan masih dalam kandungan dan doktor pernah memaklumkan mengenai risiko yang bakal dihadapi anaknya.
“Disebabkan terlalu sayangkan kandungan ketika itu, saya dan suami, Azlan Shaik Daud, 29, tetap dengan keputusan untuk melahirkannya melalui pembedahan.
“Ketika dilahirkan berat kepala anak kami itu ialah 3.6 kilogram (kg) dan kini mencecah 5.9 kg,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Impian Indah di sini semalam.
Menurut Rashidah, anak bongsu daripada tiga adik beradik itu telah enam kali menjalani pembedahan membuang lebihan cecair di kepalanya tetapi ia terpaksa dihentikan sejak dua tahun lalu ekoran masalah kewangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2TOvGlNG2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment