ALOR SETAR - Empat keluarga di Kampung Alor Sekawan, dekat sini, bimbang keselamatan mereka terancam kerana terpaksa menggunakan jalan rosak, kecil dan tidak berturap setiap hari.
Penduduk, Zaleha Hussain, 57, berkata, penduduk terpaksa mengumpulkan wang sendiri semata-mata untuk menurap jalan berkenaan, malah sudah beberapa kali mereka perlu berbuat sedemikian untuk membeli tanah dan membayar upah orang.
Menurutnya, kali pertama, masing-masing menyumbangkan RM100 seorang dan yang terbaru mereka menyumbangkan RM250 supaya jalan dapat dibaiki.
“Ada juga individu yang baik hati menyumbang tanah kepada kami, bagaimanapun masalah jalan ini tetap tidak dapat diselesaikan.
“Kami terpaksa bersusah payah keluar ke jalan besar setiap hari. Malah, keadaan bertambah teruk apabila hujan lebat berikutan kenderaan tidak dapat bergerak disebabkan tanah menjadi lembap,” katanya kepada Sinar Harian.
Zaleha berkata, keadaan itu sudah berlarutan kira-kira 30 tahun sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat dan orang luar yang menggunakan jalan tersebut kerana dikhuatiri kenderaan terjunam ke dalam sawah.
“Bayangkan, mana-mana penduduk yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang sendiri, demi menggelakkan kenderaan tetamu mereka tergelincir ke sawah, namun kadang kala ia tetap terjadi,” katanya.
Sementara itu, Nor Hashimah Ismail, 44, berkata, penduduk boleh menggunakan tiga laluan berbeza untuk ke kampung terbabit, bagaimanapun semua jalan mengalami masalah sama kerana mengalami kerosakan dan ditumbuhi semak-samun yang mengganggu laluan.
Katanya, keadaan ini menyebabkan penduduk sering kemalangan akibat terjatuh ke dalam sawah berhampiran walaupun sudah biasa dengan persekitaran dan keadaan jalan berkenaan terutama pada waktu malam.
Permasalahan itu mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno cawangan Lubuk Lunas, Ahmad Isnizan Kassim, yang turut sama mengumpulkan wang untuk menurap sebahagian jalan terlibat demi meringankan beban dan membantu penduduk setempat.
Bagaimanapun, katanya, wang yang dikumpulkan tidak mencukupi bagi menampung semua jalan dan berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian serius.

No comments:
Post a Comment