Saturday, June 15, 2013

Murdoch fail penceraian

 Rupert MurdochMurdoch dan Deng mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan dikurniakan dua anak
NEW YORK - Jutawan media, Rupert Murdoch, dilapor memfailkan penceraian ke atas isteri ketiganya, Wendi Deng pada usia 14 tahun perkahwinan mereka, kelmarin.

Murdoch, 82, memfailkan penceraiannya di Mahkamah Agung New York, Amerika Syarikat dengan alasan rumah tangga mereka gagal diperbaiki.

Menurut laporan dipetik TheGurdian,  Murdoch dan Deng sebelum ini melangsungkan perkahwinan pada 25 Jun 1999, sebulan selepas bercerai dengan bekas isteri, Anna yang mengahwininya selama 32 tahun.

Perkahwinan Murdoch dan Deng sebelum ini dilangsungkan dalam satu majlis di atas kapal layar mewah di Pelabuhan New York.

No comments:

Post a Comment