Monday, July 1, 2013

9 ahli Parlimen Mesir letak jawatan

Sembilan Ahli Parlimen Mesir letak jawatanSembilan Ahli Parlimen Mesir meletak jawatan sebagai tanda sokongan kepada protes rakyat
KAHERAH - Sembilan ahli Parlimen Mesir disahkan meletak jawatan susulan demonstrasi menentang kepimpinan Presiden Mohammed Mursi, semalam.

Salah seorang ahli Parlimen terlibat memberitahu media Ahram Online, mereka terpaksa meletak jawatan daripada Majlis Shura dan Parlimen sebagai sokongan terhadap rakyat Mesir.

Memetik laporan Al- Jazeera, setakat ini, keseluruhan tugasan perundangan Mesir dilaksanakan oleh Majlis Shura selepas Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang memberi kuasa penuh kepada ketenteraan.

Sementara itu, speaker Majlis Shura, Ahmed Fahmy berkata, sebilangan ahli Parlimen lain turut meletak jawatan tetapi masih belum menerima surat daripada mereka.
Sebelum ini, Muhammed dalam ucapannya berkata, polarisasi hayat politik Mesir semakin terancam dan bakal lumpuh.
Beliau turut mengaku membuat kesilapan pada tahun pertama memegang jawatan dengan memberi peluang kepada pembangkang mengadakan rundingan  bagi membuka jalan untuk menjalinkan kerjasama dalam pembentukan Perlembagaan.

Bagaimanapun, Barisan Penyelamat Nasional (NSF) mendakwa, Muhammed gagal bertanggungjawab terhadap polarisasi politik dan ekonomi negara.

"Peluang telah diberi untuk mengetuai perdamaian tetapi beliau tidak bertindak sedemikian. Peletakan jawatan beramai-ramai ini adalah salah sokongan buat Mesir," kata ahli Parlimen yang turut meletak jawatan, Mona Makram.

No comments:

Post a Comment