Sunday, July 14, 2013

AS mahu keruhkan lagi keadaan

AS mahu keruhkan lagi keadaan
Penyokong Mursi menggesa protes secara aman diadakan di beberapa kawasan di Kaherah, semalam.
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu meneruskan rancangan mereka untuk menghantar empat jet pejuang F-16 ke Mesir walaupun negara itu kini dilanda krisis politik yang meruncing.

Beberapa pihak berpendapat keputusan AS itu seperti sengaja mahu mengeruhkan lagi keadaan walaupun penghantaran tersebut adalah sebahagian daripada perjanjian  dipersetujui antara kedua-dua negara terbabit.

Lapan daripada jet pejuang itu telah dihantar ke Mesir pada Januari lalu.

Rabu lalu, waran tangkap dikeluarkan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan sembilan tokoh politik lain dalam gerakan itu atas kesalahan menghasut keganasan.

Menurut jurucakap Ikhwanul Muslimin, tentera telah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman dan pihak berkuasa sementara sengaja melindungi tindakan tersebut.

Isnin lalu, Presiden sementara, Adly Mansour turut mengumumkan rancangan menubuhkan sebuah panel untuk meminda Perlembagaan dalam tempoh 15 hari, dipetik dari BBC.

No comments:

Post a Comment