Tentera Thai dan pemberontak Islam digesa henti keganasan.
BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand dan pemberontak Islam mencapai kata sepakat bersetuju menghentikan keganasan sepanjang Ramadan di wilayah selatan, Thailand.
Dipetik Bernama, pengantara Proses Dialog Damai Mengenai Selatan Thailand (JWG-PDP) Ahmad Zamzamin Hashim berkata, persetujuan tersebut dicapai melalui perjanjian Ramadan Bebas Keganasan selaras dengan semangat Ramadan dan membuktikan sikap saling percaya antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN).
“Di bawah perjanjian itu pasukan keselamatan Thai akan mengelakkan tindakan agresif manakala BRN tidak akan terlibat dalam serangan bersenjata, pengeboman dan serangan hendap terhadap tentera Thai dan orang ramai, “katanya.
Menurutnya, perjanjian itu adalah bagi tempoh 40 hari dari 10 Julai-18 Ogos meliputi wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. -

No comments:
Post a Comment