Friday, July 19, 2013

Beberapa kumpulan samseng telah mengepung semua pintu Masjid Azhar

Beberapa kumpulan samseng telah mengepung semua pintu Masjid Azhar bagi menghalang para penyokong legitimasi dari keluar berarak menuju ke perhimpunan jutaan kemenangan semenjak usai solat jumaat.

Kata seorang dari penunjuk perasaan yang terkepung yang telah mempunyai hubungan dengan rangkaian Rassd mengatakan bahawa pasukan keselamatan (polis) telah bersubahat dengan kumpulan samseng bagi mengepung para penunjuk perasaan.

Beliau juga mengesahkan apabila sebilangan dari penunjuk perasaan ingin cuba keluar, mereka telah ditikam menggunakan pisau dan senjata tajam.

Para penunjuk perasaan yang terkepung merayu agar pasukan keselamatan membenarkan mereka keluar dan menghalang kumpulan samseng agar mereka dapat sampai ke perhimpunan aman yang bertempat di Rabiatul Adawiyah.

..........

Laporan sebelum ini juga melaporkan bahawa kumpulan samseng telah menceroboh Masjid Al-Azhar selepas solat Jumaat tadi. Mereka cuba menyerang ratusan penyokong Presiden Mursi yang cuba memulakan perarakan ke dataran Rabiatul Adawiyah. 9 orang penyokong Mursi telah cedera diserang dengan pisau dan pedang. Dan paling menyedihkan apabila pasukan polis turut bersubahat dengan kumpulan samseng ini.

Hasbiyallahu wani'mal wakil !

Sumber : Rassd
‪#‎mesirkini‬

No comments:

Post a Comment