Friday, July 19, 2013

WHO tangguh sekatan

WHO tangguh sekatan
Jemaah dinasihatkan mengambil langkah pencegahan awal sebelum menunaikan haji.
GENEVA - SWITZERLAND. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin memutuskan untuk menangguhkan sekatan perjalanan menjelang musim haji, Oktober depan selepas penularan virus korona di Arab Saudi.

Dipetik laporan Press TV, keputusan itu dibuat selepas WHO berpendapat, tiada sebab untuk meningkatkan amaran kepada tahap berjaga-jaga.

Ketua Keselamatan Kesihatan, Keiji Fukuda berkata, mereka sedar jemaah haji musim ini sememangnya berisiko terdedah dengan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers).

"Golongan itu boleh mengambil langkah pencegahan lebih awal," jelasnya.

Sebelum ini, badan antarabangsa tersebut memaklumkan, mereka akan membantu negara terlibat meningkatkan pengawasan dan keupayaan makmal serta memberi panduan kepada orang ramai tentang cara mengurangkan risiko jangkitan.

Sabtu lalu, pihak kesihatan Saudi menggesa warga emas, pesakit kronik dan wanita hamil tidak mengerjakan haji pada musim ini.

Sehingga kini, terdapat 65 kes jangkitan Mers dilaporkan dan 38 daripada 45 daripadanya menyebabkan kematian di Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment