Tuesday, July 2, 2013

Ibu pejabat Ikhwanul Muslimin diserang

Kaherah: Ibu pejabat parti pemerintah Mesir, Ikhwanul Muslimin, diserbu kumpulan belia yang kemudian menyelongkar bangunan itu selepas penghuninya mengosongkan premis itu semalam.
Insiden itu berlaku ekoran keganasan semalaman yang turut mengorbankan lapan orang. Dianggap keganasan terburuk sejak orang ramai berkumpul untuk menyertai protes yang kebanyakannya aman bagi mengecam Ikhwanul Muslimin dan Presiden Mohamed Mursi, ia bermula selepas gelap dan berlanjutan selama beberapa jam.

Pengawal bangunan dilaporkan melepaskan tembakan ke arah belia yang melontar bom api serta batu. Jurucakap pertubuhan Islam itu berkata, keganasan berpunca daripada “samseng” dan akan menuntut penjelasan daripada polis kerana gagal memberikan perlindungan kepada mereka. Jurucakap itu berkata, dua kakitangan di dalam pejabat itu cedera kerana kebakaran sebelum pengawal pertubuhan itu berjaya membawa semua orang yang ada di dalamnya keluar.
Keganasan berkenaan dijangka membakar emosi anggota Ikhwanul Muslimin yang sebelum ini lama menjadi mangsa kezaliman rejim Hosni Mubarak.

Ikhwanul Muslimin menganggap mereka kini berdepan dengan serangan politik daripada kumpulan liberal dan pengikut Hosni sejak pemimpin mereka dilantik menjadi presiden tahun lalu. - Reuters

No comments:

Post a Comment